Tuesday, 31 July 2018

SERVIS MESIN BAGGING 8 LUBANG

DARI PAGI SMPAI KE MALAM
.
Kali ni team abe wea diminta utk servis mesin bagging 8lubang
.
Set mesin cendawan taukey baru kita ni dh jem sebab sangkut batang kayu dlm takung bagging mereka..
.
Mmg mereka mengaku salah mereka tp x pe lah.. Kita bantu gak.. Yeaaay.. Puas hati kali ni.. 1 hari suntuk nk pulihkan 2 biji mesin mereka ni.. Maklumlah.. X de sorg pn yg expert bab mesin.. 
.
Kali ni boleh la citer detail sket mechanical mesin cendawan ni... 
.
Ok.. Saya doakan projek taukey baru ni akan berjalan dgn lbh lancar lagi selepas ini..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
http://www.mesincendawan.com







Thursday, 26 July 2018

MESIN CENDAWAN CONVEYOUR BELT




Sekarang makin ramai pengusaha yang telah dpatkan mesin conveyour ni.. Dengan adanya mesin conveyour dlm pembuatan bag cendawan ni :

1. Kebersihan media lebih terjamin kerana tiada pencemaran dari lantai

2. Jumlah habuk dlm takung bagging stabil membuatkan bag dihasilkan sama beratnya

3. Production nak buat bag akan boleh jalan continuously.. Non stop prduction..
Maknanya kalau :

- bagging 8holes boleh buat sampai 5000bag sehari

- Bagging 4hole boleh buat sampai 3500bag sehari

4. Jimat upah kerja.. Pekerja hanya diperlukan untuk masukkan habuk dalam mixer dan buat neck dan cap saje..

5. Bagi yang dah ada mixer pun boleh tambah conveyour.. X de masalah.. Yang nak order mixer skali ngan conveyour terus pon boleh..
.
Harga berbeza mengikut tempahan.. Sebab ada yang nk takung kecik aje.. dan ada sesetengah tu nak ada takung besar n ada sensor lg..

Jadi pm abe wea skang.. Nanti kita bincang harga.. Confirm2 yang termurah dipasaran.
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
http://www.mesincendawan.com

Tuesday, 24 July 2018

DAH BERTAHUN PAKAI MESIN NI.. X TAU PLAK ADA MESIN YG LEBIH LAJU.. (MESIN BAGHING 8 HOLES)

Dh lama dgr citer pasal JW MUSHROOM ni.. Kali ni br berkesempatan utk singgah sebentar..

Besar gak farm mereka.. Boleh g sampai 500kg sehari hasil cendawan mereka..

Ape yg best pasai farm ni.. Dia dh betul2 setup sistem utk pekerjanya.. Boss x de pn.. Setiap staf tahu peranan masing2.. Daripada tempahan bahan2 mentah, pembuatan bag cendawan, kutip hasil cendawan dan memasarkan hasil semua berjalan lancar tanpa taukeynya ada kt farm.. 
Abe wea bangga sangat2..

Info trbaru plak.. 
Salah seorang taukey dia dh mula invest dlm projek cendawan eryngii atau king oyster.. 
Beliau dh ajak abe wea ke tempat baru dia kt gemas.. Tp abe wea kalut sket skang.. Insya Allah smpai nnt.

Yg tu mmg juta2 punya projek lah..
.
Next time dtg n9 abe wea citer farm baru dia plak..
.
Oklah all the best to all
.
Jgn lupa utk LIKE DAN SHARE posting2 abe wea ni kalau ianya bermanfaat..
Nnt kita sambung citer lain plak
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
www.mesincendawan.com





Monday, 23 July 2018


Assalamualaikum dan selamat tengah hari!

Harini kami akan berkongsi kepada anda semua mengenai Penyakit dan Masalah Cendawan.

Persoalan ini adalah antara yang bermain di fikiran bakal pengusaha cendawan sebelum terjun ke bidang yang menarik tetapi mencabar iaitu bisnes cendawan. Namun, sebagai usahawan yang ingin maju dan berjaya, kita perlu mengetahui serta menjangkan sesuatu masalah yang bakal muncul agar senang membuat persediaan kelak.

Terdapat banyak faktor penyebab yang boleh menyumbang kepada penyakit dan masalah kepada cendawan yang diusahakan dan ia boleh dibahagikan kepada elemen yang boleh dikawal dan juga tidak boleh dikawal. Elemen yang boleh dikawal di sini maksudnya pengusaha boleh mengambil langkah perlu untuk mengelakkannya dan elemen yang tidak boleh dikawal biasanya daripada faktor alam sekitar.

Antara penyakit yang sering melanda penanam cendawan ialah :

1) Serangan Kulat Jingga / Oren.
-Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.

2) Serangan Kulat Hijau.
-Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.

-Serangan kulat hitam
-Serangan hama ke atas beg cendawan
-Ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
-Pertumbuhan maisilium yang terbantut / rosak
-Makhluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dll

Seperti yang kita sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dan ia amat sensitif kepada persekitaran. Sebagai penyelesaian dan langkah berjaga-jaga, seorang pengusaha perlu melaksanakan aturan kerja yang sistematik. Maksudnya di sini, proses kerja juga perlu diambil kira dari awal hingga akhir bagi mempastikan hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha dan modal yang telah dikeluarkan.

Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan.

Jangan lupa untuk like dan share bagi manfaat untuk kira bersama!

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia

Thursday, 19 July 2018

PESARA POLIS.. KINI BERGELAR TAUKEY CENDAWAN



Tak sangka ramai rupanya pengusaha cendawan area kuala pilah.. No wonder ada pengusaha kt sana sanggup drive hari2 hantr cendaqan kt selangor.. Terbaek..
.
Kali ni abe wan nk citer pasal abg saleh ni.. Bekas polis yg kini mengusahakan projek tanaman cendawan aecara full time.. Besar gak tempat abg saleh ni.. 
.
Asalnya hanya menggunakan mesin mixer 2in1.. Skang utk up production beliau.. Dia mau pakai mesin cendawan mesin bagging 8 lubang.. 
.
Sayang sekali masa deliver mesin ni.. X sempat nk berjumpa ngan abg saleh ni.. So.. Ngan pekerja nya pn jd lah.. Hihihi..
.
Semoga projek abg saleh lbh sakses di masa akan datang..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
www.mesincendawan.com







Thursday, 12 July 2018

BILA NK MULA NI..??


Mesin semua sdh hntr... Bila la agak2nya taukey baru cendawan kt bentong nk beroperasi..
.
Saudara thomas ni.. Dlu sdh bertahun2 kerja dgn org buat projek cendawan.. Kini bila beliau ada modal sket.. Dan berbekalkan pengalaman beliau dlm tanaman cendawan ni.. Beliau nekad utk buka farm sendiri..
.
Td masa nk ambil gambar dgn dia.. Malu2 plak.. Tak nk amek gambar.. Takut ramai berkenan kt dia bila kita viralkan farm dia kt public.. Hahahahha
.
Ape2 pn.. Saya doakan kan taukey baru cendawan kita ni bertambah sakses dimasa akan datang..
.
Oh ye.. Beliau amek mesin baggong 4lubang, mixer 300kg, conveyour dan steamer 500bag dlu utk permulaan ni.. 
.
Nk bekalan cendawan segar setiap hari.. Pm kt bawah ye..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
www.mesincendawan.com



Monday, 9 July 2018

CARA PALING JIMAT KUKUS BAG CENDAWAN






Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah:



1) Tong drum (skala kecil) atau 
pengukus 6’ x 3’ x 3’ (skala besar).

2) Set dapur gas.

Terdapat 4 kaedah yang digunakan untuk pengukusan beg cendawan, antaranya ialah :

Kaedah 1 : Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

Kaedah 2 : Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

Kaedah 3 : Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

Kaedah 4 : Kukus selama 5 – 6 jam (bergantung kepada kuantiti beg cendawan yang dimasukkan). Selepas pengukusan beg cendawan dibiarkan sejuk selama semalaman (12 jam) sebelum suntikan benih dilakukan.

Jangan lupa untuk like dan share kepada semua untuk manfaat bersama!

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia

Thursday, 5 July 2018

ACARA PERBARISAN STEAMER 1,500BAG


8biji je.. Nnt kita tambah lg ye..
Steamer ini boleh kukus smpai 1,500bag .. Tp sebenarnya steamer ini adalah spec utk 2,000bag.. 
.
Kenape.. Sbb kt dlm ni.. Kita pakai pellet.. So bila nk angkat dgn forklift.. Ruang bhgn atas skali dh x boleh pakai.. N saiz kiri kanan, atas n bawahnya kenalah lbh besar dr biasa..
.
Bila dh siap custom steamer ni.. Saiznya rupan2nya.. Dh ter lbh besar sket dr steamer 2,000bag standard yg kita ada.. Hihihi.. 
.
Sbb nk kukus banyak2.. Jd pakai dapur gas biasa.. Mmg sgtlah rugi.. So.. Kami cadangkan pakai steamer boiler turbo.. X smpai 5min.. Steam dh beekepok2 kua.. 
.
Insya Allah akan pakai 1 tong gas je utk 1 steamer ni..
.
Semoga projek taukey cendawan baru kita ini boleh bertanding ngan taukey2 lain sperti
C&C, 7STAR MUSHROOM, DMI, VITA AGRO, GANOFARM SB dan NATURE FIRST HARVEST..
.
Kt atas ialah pengusaha cendawan yg dh buat 1tan atau lebih cendawan segar aetiap hari..
.
Ke ada abe wea tertinggal..??
.
Oklah.. All the best to all mushroom growers.. Abe wea doakan kalian semua lbh sakses dimasa akan datang..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
www.mesincendawan.com





Monday, 2 July 2018


Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua!

Hari ini kami akan kongsikan serba sedikit mengenai kaedah-kaedah penanaman cendawan tiram kelabu.

Terdapat 4 jenis kaedah penanaman cendawan tiram kelabu iaitu,

Kaedah pertama ialah dengan mengaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100 : 10 : 1.

Kaedah kedua ialah dengan mecampurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab (70%) dan apabila ia dikepal tidak akan berderai (hancur).

Kaedah ketiga pula ialah dengan memasukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan seterusnya dengan menhentak sehingga padat.

Kaedah yang keempat ialah dengan memasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas.

Nk belajar lbh detail.. Pm kt bawah.. Kami sedia membantu..

Jangan lupa untuk like dan share untuk anda kongsikan pada semua ya!

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia