Tuesday, 25 September 2018
Cantik kan bag media cendawan kami ni..
Cuba boss zoom.. Perhatikan takok miselium dia.. Nmpk x..?? Perasan x yg semua miselium turun dgn sekata..
.
Agak2 laa.. Kalau gaul pakai tangan.. Ketuk pakai tangan.. Hasil dia sama gini x..
.
X la kan..
Alaaa.. Penting ke miselium tu turun sekata..??
.
Penting sgt2 la boss.. Kalau miselium x sekata.. Walaupun bag suntik hari sama.. Hasil yg kua psni x sama laa boss ku..
.
Haaaa.. Kt sini lah pentingnya ada mesin mixer dan mesin bagging..
.
Kenapa..?? Pm abe wan .. Nnt abe wan citer lebih..
.
Nk banyak lg tips penanaman cndawan.. Nnt join grup otai cendawan ye.. Kt sana abe wan akn intebiu ramai lg otai2 lain.. N share pelbagai rahsia2 kejayaan mereka..
.
Nnt klik link kt bawah ni utk join ye..
http://www.facebook.com/groups/otaicendawan
.
Ajak kawan2 yg br nk blaja cara tanam cndawan join grup ni.. Semuanya di kongsikan secara PERCUMA.
.
JOIN YE..
.
nnt jmpa boss kt grup
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
Monday, 24 September 2018
CENDAWAN KUKUR / KULAT SISIR ( Schizhophyllum Commune )
Bentuk seakan kipas kecik saiz 5-10mm. Struktur kenyal dan tak rapuh. Bahagian atas warna putih keperangan dan berbulu halus. Bawahnya seperti insang berwarna coklat.
Habitat : Tumbuh meliar di atas kayu mati, senang dijumpa di pokok kayu getah mati.
Kegunaan : Digoreng atau masak lemak. Tahan lama jika dijemur terlebih dahulu.
Jom kita saksikan antara cendawan liar yang lain yang boleh dimakan. Jangan lupa bersama kami setiap hari ISNIN pada pukul 12.33 PM!
Nantikan kami ya!
.
PASTIKAN ANDA LIKE PAGE KAMI UTK PELBAGAI INFO DAN TIPS POWER TANAMAN CENDAWAN.
.
Nnt pakat2 share posting ni ye.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
MISELIUM TURUN DENGAN SEKATA
Cantik kan bag media cendawan kami ni..
.
Cuba boss zoom.. Perhatikan takok miselium dia.. Nmpk x..?? Perasan x yg semua miselium turun dgn sekata..
.
Agak2 laa.. Kalau gaul pakai tangan.. Ketuk pakai tangan.. Hasil dia sama gini x..
.
X la kan..
Alaaa.. Penting ke miselium tu turun sekata..??
.
Penting sgt2 la boss.. Kalau miselium x sekata.. Walaupun bag suntik hari sama.. Hasil yg kua psni x sama laa boss ku..
.
Haaaa.. Kt sini lah pentingnya ada mesin mixer dan mesin bagging..
.
Kenapa..?? Pm abe wan .. Nnt abe wan citer lbh..
.
Nk banyak lg tips penanaman cndawan.. Nnt join grup otai cendawan ye.. Kt sana abe wan akn intebiu ramai lg otai2 lain.. N share pelbagai rahsia2 kejayaan mereka..
.
Nnt klik link kt bawah ni utk join ye..
http://www.facebook.com/group/otaicendawan
.
Ajak kawan2 yg br nk blaja cara tanam cndawan join grup ni.. Semuanya di kongsikan secara PERCUMA.
.
JOIN YE..
.
nanti jmpa boss kt grup
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram
Wednesday, 19 September 2018
Tuesday, 18 September 2018
RASA MACAM NK BELI LORI YG ADA CRANE JE..
RASA MACAM NK BELI LORI YG ADA CRANE JE..
.
Betul la senang nk punggah barang dr stor kita ke atas lori.. Kita ada forklift, crane n back hoe..(sewa org punya daaa) tp masalah bila nk buat turun kt farm kawan2 kita..
.
Kalau yg kt pekan2 ok laa.. Masalah bila nk hntr mesin yg kt kawasan pedalaman sket..
Kalau boleh kita nk memudahkan kerja semua org.. Kan2..
.
Sape tau brape harga lori yg ada crane tu ye..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#Kaizen
Monday, 17 September 2018
CENDAWAN LIAR YANG BOLEH DI MAKAN
Cendawan atau kulat mudah dijumpai di dalam hutan atau kebun yg disebabkan iklim panas dan lembap. Tapi apa yg kita perlu tahu, tak semua cendawan yg tumbuh liar adalah beracun! Sesetengahnya boleh dipetik dan dimakan dengan goreng atau rebus.
.
Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
.
Jom kita saksikan antara cendawan liar yang boleh dimakan. Jangan lupa bersama kami setiap hari ISNIN pada pukul 12.33 PM!
.
Nantikan kami ya!
.
PASTIKAN ANDA LIKE PAGE KAMI UTK PELBAGAI INFO DAN TIPS POWER TANAMAN CENDAWAN.
.
Nnt pakat2 share posting ni ye.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Friday, 14 September 2018
Salam jumaat!
"Hanya orang sakitlah yang betul-betul merasakan nikmatnya sihat, dan hanya orang yang sudah dikubur baru merasakan mahalnya waktu beribadah di dunia"
.
Jadi kita janganlah melepaskan peluang yang ada untuk beribadat kepada Allah selagi kita masih dipanjangkan umur. Sama-samalah kita mencari keredhaan Allah SWT untuk menuju ke syurga Firdaus.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Thursday, 13 September 2018
HIGH PRESSURE STOVE
STEAMER |
PRESSURE STOVE |
High pressure stove pn sama dgn stove yg kale hijau tu .. ada 2lingkar, ada 3lingkar dan ada yg 4lingkar
.
Untuk steamer kapasiti 1000bag.. cukup 2 biji je high pressure stove yg 3lingkar.
.
kalau pakai steamer 1,000bag yg abe wan punya.. suhu naik dari suhu bilik ke suhu 100C x smpai 2jam pun .. laju kan ..
.
Kenape.. sbb abe wan tau STEAMER lah penentu projek cendawan ni hidup atau mati..
.
Berminat ngan steamer kita ..
PM now
Tuesday, 11 September 2018
MESIN MIXER CENDAWAN .
Kali ni sib baik ada crane.. Kalau x.. Mmg berbuka puasa awal la team kami nk punggah mixer yg bapok besa ni naik lori.. Hahahhaha...
.
Kita dpt request dr customer yg nk mesin mixer yg besar.. Supaya mesin bagging dia bleh jalan je.. Non stop.. Jd sehari target dia nk buat 4,000bag utk 1mesin bagging.
.
Mula2 customer kita ni request nk mesin mixer yg boleh bancuh smpai 1,000kg skali gaul.. Tp sbb kos dia tinggi sgt.. Jd kita rekemenkan amek mixer 300kg je.. Tp ada conveyour 1lg yg boleh tampung 300kg habuk..
.
Supaya selesai gaul.. Semua masuk conveyour.. N mixer bolwh stat gaul habuk baru..
.
Sgt2 jinat kos dgn cara gini..
.
Nnt abe wan upload video plak len kali nk yengok set ni jln mcm mana..
.
Slamat berpuasa semo
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
www.mesincendawan.com
MESIN BARU SAMPAI !
Monday, 10 September 2018
JENIS - JENIS CENDAWAN YANG DI TANAM DIMALAYSIA
Salam & selamat tengah hari!
Hari ini kami akan berkongsikan jenis-jenis cendawan yang ditanam di Malaysia. Jenis-jenis cendawan ini dibahagikan kepada dua jenis cara penanaman iaitu pada permukaan tanah tinggi dan tanah rendah.
.
Untuk tanah tinggi ialah :
- Cendawan Jarum Emas
- Cendawan Butang
- Cendawan Bunga Kobis
- Cendawan Shitake
Manakala untuk tanah rendah ialah :
- Cendawan Tiram Kelabu
- Cendawan Merah Samar
- Cendawan Abalone
- Cendawan Kukur/Sisir
- Cendawan Ling Zhi
- Cendawan Tiram Putih
- Cendawan Jerami Padi
- Cendawan Tiram Kuning
- Cendawan Perut Lembu
.
Tahukah anda jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran. Antaranya ialah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalone, Cendawan Shitake, Cendawan Telinga Kera, Cendawan Jerami Padi dan Cendawan Butang.
Jangan lupa like dan kongsikan kepada yang lain untuk ilmu pengetahuan semua!
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Friday, 7 September 2018
Salam jumaat!
Setiap surah yang ada di dalam al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah surah Qursi. Ayuh ! Kita amalkan surah ini.
Kelebihan-kelebihan surah Qursi ialah,
1) Baca pada saat mahu keluar rumah - TUJUH RIBU MALAIKAT AKAN MENJAGA KAMU
2) Baca pada saat mahu masuk ke rumah - KEMISKINAN TIDAK AKAN MASUK KE RUMAH KAMU
3) Baca setelah selesai berwuduk - DARJAT KAMU AKAN DI NAIKKAN 70 TINGKAT
4) Baca pada saat hendak tidur - MALAIKAT AKAN MENJAGA KAMU SEPANJANG MALAM
5) Baca setelah selesai solat - JARAK DI ANTARA KAMU DAN SYURGA HANYA KEMATIAN
Jangan lupa untuk like dan kongsikan kepada yang lain untuk kebaikan kita bersama. Jangan lupa amalkan surah qursi ya!
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Tuesday, 4 September 2018
ARM TOLAK PLATE MESIN BAGGING BENGKOK !
Alamak
.
Kalau macam nie, Arm tolak plate mesin bagging tu dah bengkok..
Apa korang perlu buat ialah kena betulkan balik yee..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Monday, 3 September 2018
JENIS-JENIS CENDAWAN DAN KHASIATNYA
Hai dan salam tengah hari semua.
Semua orang mesti suka makan cendawan kan? Haa siapa sini suka makan cendawan? Sila angkat tangan sikit. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan.. Tambah2 lagi kalau buat goreng ke sup ke. Hehe.. So hari ini kami akan berkongsikan kepada anda semua tentang jenis-jenis cendawan dan khasiatnya.
*Cendawan Tiram Kelabu
Jenis cendawan tiram ialah jenis Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida.
*Cendawan Kukur/Sisir
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
*Cendawan Lin Zhi
Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
.
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
*Cendawan Telinga Kera
Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.
*Cendawan Jarum Emas
Cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
*Cendawan Shitake
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
.
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
.
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
So.. Anda semua dah tahu bahawa cendawan penuh dengan pelbagai khasiat serta sedap dimakan kan? Hehe so lepas ni anda juga boleh kongsikan kepada yang lain supaya mereka juga dapat mengetahui tentang khasiat-khasiat yang terdapat pada cendawan.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)