Thursday, 30 January 2020

TAUKEY CENDAWAN BARU DI PEKAN MACHANG KELANTAN.

Setelah sekian lama abe wea tak jumpa orang yang betul2 passion dalam industri cendawan dan akhirnya abe wea jupa.. Poknik kalau xsilap abe wea nama abe niee. Hebat sangat poknik nie sebab untuk projek cendawan dia, dia kira every single detail..

Abe wea ada tanya macam mana dia jumpa abe wea. Dia cakap dia jumpa kat google, tengok maps terus datang. Hebat, tak tangguh2 dah. 

Poknik ada citer yang dia bakal keluarkan hasil 100kg cendawan tiram segar setiap hari. Pemborong pun poknik nie dah jumpa. Tunggu nak verify 2, 3 idea je lagi katanya. 

Tak sabar rasanya nak pergi tentok farm baru abang kita nie.. 
Nanti lain kali abe wea update citer abe nie lagi tau. 




All the best boss
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO

Thursday, 23 January 2020

TAUKEY CENDAWAN TERROR WELDING

Good Morning guys.. 

Pagi nie abe wea nak share story abe wea gi hantar  mesin cendawan dekat tanah merah, kelantan. Dan abe wea bagi 5 star untuk pertanian tanah merah, hebat sangat. 

Kenapa abe wea cakap pertanian tanah merah hebat.. Sebab dia memang betul2 pilih usahawan yang komited dan yang nak berjaya dengan cendawan.. 

Adik basir kita nie pun tak kurang hebatnya jugak. Bukan setakat terror buat cendawan, malah dia juga terror dengan welding.. Steamer kukus cendawan nie pun dia buat sendiri. walaupun tak setanding kilang tapi Alhamdulillah function dengan elok. 

Semoga dgn adanya bantuan mesin bagging 4lubang ni.. Perusahaan cendawan adik Basir kita nie akan bertambah maju dan success.. 
.
Dan yang masih blom apply bantuan dari agensi2 di bawah MOA, kena g apply cepat2 tau..Mana tau ada rezeki korang, dapat bantuan mesin. 
.
All the best semua..



.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO

Tuesday, 21 January 2020

MESIN CENDAWAN KENA KANSER STAGE 4. BIAR BETUL??

Sape tak kenai weii sifu cendawan kita saiful amri.. Hari-hari dapat job bag cendawan.. Hebat sangat boss..

Beberapa hari sebelumnya abe wea dapat mesej daripada sifu bagitau bagging 8 hole dia dah tak function lagi.. Bila di bawa ke bengkel abe wea.. Mak aii terkejut beruk abe wea. Maklum lah habis semua main frame bengkok.. Timing pom semua lari. hahahha. 

Nasib baik ada doktor pakar.. Yang mana lari tu.. Semua kami kejar sampai dapat. Hahahaha. Dua hari jugak ambil masa nak betulkan balik

Alhamdulillah. Sifu kita dapat bawak balik mesin beliau yang bebas daripada kanser dan berfungsi dengan baik. 

Semoga projek cendawan sifu kita ni bertambah maju di masa akan dtg..





.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO