Saturday 23 October 2021

 "STEAMER CENDAWAN YANG PALING SESUAI UNTUK PROJEK CENDAWAN KORANG ?" 


Ada tak antara u guys yang masih blur nak buat projek cendawan banyak ni banyak nie mesin steamer yang mana paling sesuai ? Kang kalau beli besar sangat rugi gas plak xpadan dengan production. 

.

Haaaaa.. so hari nie abe bimbo nak tunjuk mesin steamer yang BIMBOTech ada ye.. Nak tahu yang mana paling sesuai dengan projek cendawan u guys boleh roger team BIMBOTech yang official ye.

Kami bukan ade mesin steamer je tauu.. Kami jugak ade bekalkan bermacam jenis mesin cendawan..  



Thursday 30 September 2021




"MESIN CENDAWAN READY UNTUK DI HANTAR KEPADA PENGUSAHA CENDAWAN SELURUH MALAYSIA"

.

Alhamdulillahh.. mesin cendawan mendarat lagi di warehouse BIMBOTech. Semua mesin-mesin ni dah di booking oleh agent dan pengusaha cendawan. Abe sangat gembira sebab dapat bantu pengusaha cendawan dapatkan mesin cendawan yang terbaik untuk projek masing2. 
.
Abe harap dengan adanya mesin cendawan daripada BIMBOTech sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan proses membuat bongkah cendawan.. 

.

BIMBOTech mempunyai lebih daripada 30 jenis mesin cendawan yang boleh di gunakan dalam projek cendawan. Bagitau je nak buat berapa bag cendawan sehari nanti abe dan team BIMBOTech akan bantu suggest mesin cendawan yang sesuai. 

.

Apapun abe doakan semua yang tengah struggle untuk menguruskan projek cendawan terus kuat ye. All the best semua. 

.

Salam sayang daripada, 
Abe Bimbo. 
.
#MesinCendawan
#MesinBIMBOTech
#MesinCendawanBIMBOTech 
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia

Tuesday 18 February 2020

TAUKEY CENDAWAN MUDA

Berkat kesungguhan dan keyakinan seorang pemuda yang yakin mampu menjana pendapatan dengan cendawan, kini beliau sudah bergelar taukey cendawan muda.. 

Beliau yang pada mulanya membeli bongkah yang dah matang dengan pengusaha lain.. Namun setelah mendapati perusahaan cendawan ini mampu menjana pendapatan yang lumayan, beliau kemudiannya mula membuat bongkah sendiri. 

Pada permulaan beliau membuat bongkah secara manual iaitu gaul manual, isi manual. Dan Alhamdulillah sekarang beliau sudah mempunyai mesin sendiri.. Lepas nie takde sakit pinggang laaa.. hihihi. 
.
Apapun selamat maju jaya boss. 




#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO

Thursday 13 February 2020

AWEK CANTIK BUAT CENDAWAN DI JOHOR.

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Hari nie abe wea nak cerita tentang sorang awek cendawan yang kat johor.. Sebelum dia kena abe wea,, Mostly, semua mesin cendawan yang dia guna dia ambil dari China. Dan dia bagitau dia tak tahu pun yang abe wea bekalkan mesin cendawan dan lagi murah daripada mesin china punya.. huhuhu

Seee.. nampak sangat abe wea nie tak serious buat kerja.. Sebab misi abe wea ialah untuk membantu semua pengusaha cendawan dapatkan mesin yang sesuai dan terbaik untuk projek masing-masing.

Ghope2 nya ada lagi yang tak tahu,. Ampun yaaa.  

Katanya sebelum nie dah banyak buat tapi banyak yang tak jadi sebab  tak boleh capai suhu 100°C dalam masa yang singkat. 

All the best in your future mushroom business sis.. 



#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO

Thursday 6 February 2020

BOSS PPK KUANTAN TURUN PADANG BAGI GERAN KEPADA PENGUSAHA CENDAWAN

Hebat boss PPK Kuantan. Mana tak nya, boss PPK nie sanggup turun kota bharu semata-mata nak ambil mesin cendawan yang beliau tempah. 
.
Semua nie adalah untuk pastikan setiap usahawan di bawah bimbingannya mendapat yang terbaik dan dapat menjalankan projek perusahaan cendawan dengan  baik.. 

Untuk kali ini PPK Kuantan tempah mesin mixer 300kg, conveyour dan steamer 1000bag untuk usahawan bimbingannya. Best sangat jadi usahawan bimbingan PPK nie kan. Tahnian buat usahawan yang dapat bantuan. 

Abe wea harap, usahawan yang dapat bantuan mesin nie akan guna mesin yang diberi dengan baik.. Semoga dengan adanya mesin cendawan nie produksi semakin bertambah. 

Haaa. yang mana belum daftar dengan mana-mana agensi di bawah MOA. Lekas-lekas gi daftar.. Banyak faedah yang korang akan dapat. 

All the best semua.. 





.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO

Tuesday 4 February 2020

SAPE KATA MESIN CENDAWAN UNTUK BUAT CENDAWAN SAHAJA?

Beberapa minggu lepas abe wea menerima kunjungan daripada Dr Palsan daripada UMK. Dari pagi sampai ke tengahari Dr Palsan bertapa di pejabat abe wea bincang pasal mesin cendawan.. 

Setiap soalan yang di lontarkan sangat detail. Punya lah detail Dr Palsan nak tahu pasal mesin cendawan. Tup tup Dr Palsan bukan nak buat projek cendawan pun tapi doktor nak guna mesin bagging untuk packing baja biochar beliau rupanya. 

Terkesima abe wea dengar planning Dr palsan nie, hebat sangat planning Dr.. 

Apapun demi untuk memudahkan produksi Dr, abe wea akan bantu setakat yang abe wea boleh.. So mesin cendawan kita renovate sikit mengikut requirement baja Dr.. 

Apapun i wish you guys the best of luck. 



#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO

Thursday 30 January 2020

TAUKEY CENDAWAN BARU DI PEKAN MACHANG KELANTAN.

Setelah sekian lama abe wea tak jumpa orang yang betul2 passion dalam industri cendawan dan akhirnya abe wea jupa.. Poknik kalau xsilap abe wea nama abe niee. Hebat sangat poknik nie sebab untuk projek cendawan dia, dia kira every single detail..

Abe wea ada tanya macam mana dia jumpa abe wea. Dia cakap dia jumpa kat google, tengok maps terus datang. Hebat, tak tangguh2 dah. 

Poknik ada citer yang dia bakal keluarkan hasil 100kg cendawan tiram segar setiap hari. Pemborong pun poknik nie dah jumpa. Tunggu nak verify 2, 3 idea je lagi katanya. 

Tak sabar rasanya nak pergi tentok farm baru abang kita nie.. 
Nanti lain kali abe wea update citer abe nie lagi tau. 




All the best boss
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#MesinCendawanBIMBO