SAYA NAK SIHAT TAPI SAYA SUKA MAKANAN BERGORENG?"
Hye guys. Macam mana hari nii ? Semua sihat ke??
You guys kat sini ada tak yang suka makan makanan berlemak contohnya makanan bergoreng macam nugget ke?
Haaaa, hari ni kami tak nak cerita pasal mesin ke cendawan ke taknak2. Hari ni kami nak kongsi macam nak amalkan gaya hidup yang sihat. Haaa, nak tau dakk? Kalau nak tau teruskan membaca ye. Hehe
First sekali korang kena tahu jenis lemak yang korang suka ambil tu samaada ia lemak sihat atau tidak.
Then, pilih makanan yang mengandungi sedikit sahaja lemak yang tidak sihat dan makan makanan yang mengandungi lemak yang sihat secara bersederhana. Lemak tak sihat terbahagi kepada dua iaitu lemak tepu dan lemak trans, contoh lemak tepu ialah keju dan contoh lemak trans pula ialah makanan bergoreng. Pengambilan yang terlebihan akan menyebabkan pemakan akan terkena penyakit jantung. So jangan main bantai je tau.
Manakala lemak sihat pula terbahagi kepada tiga iaitu poli-tak tepu, mono-tak tepu dan omega 3. Pengambilan lemak ini bagus kerana dapat menurunkan kolesterol LDL anda dan meningkatkan kolesterol HDL anda, yang berkorelasi dengan risiko penurunan penyakit jantung. Contohnya, minyak jagung dan minyak zaitun. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
No comments:
Post a Comment