Thursday, 29 August 2019

ORANG JOHOR BUAT PROJEK CENDAWAN DI KELANTAN

Jom berkenalan ngan en. Tahir n anak beliau ni..
en. Tahir ni merupakan bekas pegawai Mardi.. sekarang.. beliau full time ngan anaknya mengusahakan projek cendawan..
.
Dh hampir setahun mengusahakan projek ni.. skang dh tiba masanya nk upgrade sket katanya.. market semua dh standby.. production je slow katanya.. pinggang ni.. tiap2 bulan ke g urut.. hahahaha.. sama ngan abe we mula2 buat projek cendawan dlu laa.. hihihuh..
.
Sama2 tunggu mesin ape yg bakal di tempah oleh dua beranak ni..
.
all the best to both of you
.
ps.. sape2 nk blajar nk main golf.. om kt bawah.. en.Tahir ni pro golfer..



#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram

Tuesday, 27 August 2019

USAHAWAN BIMBINGAN RISDA TERBAIK

Tahniah abe nik sbb terpilih menjadi usahawan cendawan bimbingan risda yg seterusnya layak utk dapatkan geran dalam bentuk mesin cendawan.
.
tq gak kpd Koperasi RISDA tanah merah yg mempercayai kami utk membekal mesin cendawan ini..
.
Koperasi RISDA Tanah Merah.. tp dapat projek risda Jeli .. hebat gak marketing koperasi ni ... terbaik..
.
semoga projek cendawan abe nik akan lebih maju dimasa akan datang..
.
kami doakan yg terbaek but abe nik..
.
sape2 ada tanah yg mengusahakan getah, cepat2 daftar dgn risda ye .. ada banyak insentif n projek naik taraf yg mereka rancangkan...
.
kalau tanah atas nama ibu bapa pn boleh g mohon gak ..



#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
#CendawanTiram

Saturday, 10 August 2019

JOM BERKENALAN DENGAN CENDAWAN KUKUR

Jom berkenalan dengan cendawan kukur atau nama saintifiknya (Schizophyllum commune).  

Cendawan kukur tumbuh menyerupai ombak batu karang yang rapat dan mempunyai tekstur yang sangat cantik. 

Cendawan kukur ini boleh ditemui di Myammar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Nigeria dan Timur Laut India. 

Ia di temui di huta liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi. Namun begitu telah banyak di tanam di sesetengah tempat. 

Ia dikenali dengan nilai perubatan yang tinggi dan rasa aromatik. Ia baru-baru ini menarik perhatian industri perubatan bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain. 

Antara khasiat yang terdapat dalam cendawan kukur ialah: 

1. Mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. 
2. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. 
3. Ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. 
4. Mampu melindungi dan mengawal hati. 

Wednesday, 7 August 2019

NK BUAT APE MESIN BAG CRUSHER NI..??

NK BUAT APE MESIN BAG CRUSHER NI..??
.
.
Cerita minggu lepas, Abe wea hantar mesin cendawan dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rasa macam dah lama tak datang melawat projek cendawan abang Tarmizi dan Abang Fadil nie, Wuishhh dah makin rancak nampaknya bisnes dorang sekarang. 
.
Set mesin bagging dah complete semua. Yang belum ada mesin bag crusher dan separator je. That why dorang order mesin tu dengan abe wea. hihihihi



Aii lepas nie dah boleh start fikir nak buat baja organik lah plak ye. 
.
Sape2 kawan abe wea yang duduk area negeri sembilan yang nak dapatkan baja organik yang terbaik.. Boleh lah hubungi Abang Tarmizi niee.. Berminat nak jadi ejen baja pom boleh. huhuhu
.
Apapun All the best abang Tarmizi dan Abang Fadil. Thank you sebab repeat order mesin cendawan dengan abe wea ye.
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia

Monday, 5 August 2019

KHASIAT CENDAWAN TELINGA KERA

Hi.. sape suka makan cendawan telinga kera ? Kita geng !!


Makan makan juga, ada khasiat ke ? ehhhh of course lah ada khasiat dia hihihihi.. Sebelum Abe wea cerita pasal khasiat dia, meh abe wea cerita sikit pasal cendawan telinga kera nie .. 

Cendawan jeli hitam ( Auricularia auricula-judae) atau juga dipanggil sebagai cendawan telinga kera atau jamur kuping (indonesia) dari famili Auriculariacae semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar cendawan. ia dapat nama telinga kera kerana bentuknya yang menyerupai telinga manusia dan juga telinga kera.
Khasiatnya pula:- 

1. Merawat gangguan kardiovaskular. 
2. Memecahkan darah beku. 
3. Mengawal-atur tekanan darah. 
4. Merendahkan kolesterol dan lipid. 
.
Ia juga produk sebagai antioksidan dimana ia akan melindungi daripada kerosakkan DNA dalam tubuh badan manusia, di mana paling sering dikatakan ia mampu mengurangkan berat badan.