Saturday, 10 August 2019

JOM BERKENALAN DENGAN CENDAWAN KUKUR

Jom berkenalan dengan cendawan kukur atau nama saintifiknya (Schizophyllum commune).  

Cendawan kukur tumbuh menyerupai ombak batu karang yang rapat dan mempunyai tekstur yang sangat cantik. 

Cendawan kukur ini boleh ditemui di Myammar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Nigeria dan Timur Laut India. 

Ia di temui di huta liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi. Namun begitu telah banyak di tanam di sesetengah tempat. 

Ia dikenali dengan nilai perubatan yang tinggi dan rasa aromatik. Ia baru-baru ini menarik perhatian industri perubatan bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain. 

Antara khasiat yang terdapat dalam cendawan kukur ialah: 

1. Mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. 
2. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. 
3. Ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. 
4. Mampu melindungi dan mengawal hati. 

No comments:

Post a Comment