Monday, 27 August 2018

CARA-CARA MEMBERSIHKAN BONGKAH CENDAWAN SELEPAS TEMPOH MATANG


Salam tengah hari semua!

Harini kami akan berkongsikan kepada anda semua "Cara-cara membersihkan bongkah cendawan selepas tempoh matang"

Alat-alat yang perlu digunakan untuk membersihkan bongkah cendawan hanyalah :
1. Detol
2. Sudu besi
3. Penutup rehat

Manakala, langkah-langkahnya ialah :
1. Pastikan bongkah sudah matang sepenuhnya.
2. Celup belakang sudu kedalam detol untuk nyahkan kuman.
3. Korek dan keluarkan sisa-sisa di sekitar mulut bongkah bahagian dalam.
4. Setelah bersih, tutup mengunakan penutup rehat dalam masa 7 hari.

Jangan lupa untuk like dan sharekan kepada yg lain!

Credit : Mohd Syahrizal Rahim

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia⠀

Monday, 20 August 2018

KHASIAT CENDAWAN TIRAM KELABU




Salam sejahtera dan selamat tengah hari, hari ini kami akan berkongsikan kepada anda semua mengenai khasiat cendawan tiram kelabu.

Buat pengetahuan semua, cendawan ni adalah jenis cendawan tiram kelabu. Sangat best dimakan kalau buat tom yam, sup ataupun goreng celup tepung.

Cendawan ni selain daripada sedap rasanya, ia juga terdapat khasiat yang banyak. Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.

Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.

Seterusnya, kebaikan cendawan ini antaranya ialah tiada bahan kimia, tiada buangan haiwan, 100% organik, taman tertutup, amalan kebersihan dalam penanaman, khasiat tinggi serta pemakanan sihat dan sesuai untuk diet sayur. Cendawan ini juga disukai kanak-kanak dan jugak sangat baik untuk kesihatan badan kita,
contohnya: 
Ia dapat mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid. Selain itu, meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bakteria serta dapat menghalang pertumbuhan tumor. Kebaikan lain bagi cendawan tiram kelabu juga adalah sebagai Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.

Rupa-rupanya begitu banyak khasiat yg terdapat dalam cendawan tiram kelabu. Silakn share untuk manfaat kita bersama dan jangan lupa untuk tekan butang like!

Credit : cendawanglobal

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia

Thursday, 9 August 2018

MESIN CENDAWAN TERBANG KE KUCHING

Pooooott.. Poooottt.. 
.
Mesin cendawan bakal naik kapal ke kuching.. 
Siap sedia org kuching.. Lps ni nk brape kg cendawan segar stiap hari.. Bgtau saja.. 
.
Tunggu mesin smpai je.. Insya Allah abe wea akan ke kuching bila mesin smpai nnt utk training mesin..
.
Mesin ni milik siapa..?? 
Tungguuuuuuu.......
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
www.mesincendawan.com


MIXER 




STEAMER

CONVEYOUR & BAGGING 4 LUBANG

Tuesday, 7 August 2018

PROJEK MEGA DI SELANGOR


Brother tan.. Taukey baru kt ulu yam.. Bakal menghasilkan 500kg sehari cendawan segar..
.
Agak2 banyak mana investment sahabat baru kita ni.. Ce teka.. Ce teka..
.
Yg paling best kt tmpt taukey baru cendawan ni ialah kiri kanan farm ada pokok durian.. Tahun depan kita g bertandang plak kt farm boss.. Hehehhehe..
.
Mesin cendawan yg boss kita ni ambil ialah mixer, conveyour bagging 8hole dan steamer 1,000bag 2unit.. Boleh la kan.. 
.
Saya doakan projek boss berjalan dgn lancar..
.
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
www.mesincendawan.com







STEEL RACK


Monday, 6 August 2018

CARA SUNTIK BENIH CENDAWAN

Salam tengah hari semua!

Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan dan juga pencungkil benih.

Kaedah-kaedahnya ialah sebelum menyuntik benih cendawan (spawn) pastikan tangan dicuci dengan larutan basmi kuman atau sapukan alkohol 10% pada tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Seterusnya, penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih (steril) dan dihancurkan benih cendawan dengan menggunakan pencungkil. Kemudian, buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutupnya kembali mulut beg cendawan. Seterusnya, susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk dan juga pastikan ia terlindung dari cahaya matahari. Akhir sekali, biarkan miselium tumbuh hingga memenuhi keseluruhan beg cendawan antara 50 - 60 hari selepas disuntik benih.

Jangan lupa like dan sharekan kepada semua untuk kebaikan kita bersama!

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia


PENYUNTIKAN BENIH


BAHAN DAN PERALATAN


BEG BERISI BENIH CENDAWAN

BENIH CENDAWAN DALAM BOTOL



Sebelum menyuntik benih cendawan (spawn) pastikan tangan dicuci dengan larutan basmi kuman atau sapukan alkohol 10% pada tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. penyuntikan ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih (steril). Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil


Beg cendawan dibuka untuk memasukkan benih cendawan ke dalamnya.


Benih cendawan dihancurkan dengan pencungkil dan penyuntikan benih dilakukan. 


Buka mulut beg cendawan dan masukkan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan. Kemudian susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk ( terlindung dari cahaya matahari ). Biarkan miselium tumbuh hingga memenuhi keseluruhan beg cendawan (50-60 selepas disuntik benih)


Beg cendawan yang siap disusun secara menegak.


Beg cendawan yang siap disusun secara mendatar.


Pertumbuhan miselium peringkat permulaan.


Miselium memenuhi keseluruhan beg cendawan