Monday, 20 August 2018

KHASIAT CENDAWAN TIRAM KELABU




Salam sejahtera dan selamat tengah hari, hari ini kami akan berkongsikan kepada anda semua mengenai khasiat cendawan tiram kelabu.

Buat pengetahuan semua, cendawan ni adalah jenis cendawan tiram kelabu. Sangat best dimakan kalau buat tom yam, sup ataupun goreng celup tepung.

Cendawan ni selain daripada sedap rasanya, ia juga terdapat khasiat yang banyak. Selain daripada rasanya yang sedap sebagai sayur, ia juga baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.

Ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.

Seterusnya, kebaikan cendawan ini antaranya ialah tiada bahan kimia, tiada buangan haiwan, 100% organik, taman tertutup, amalan kebersihan dalam penanaman, khasiat tinggi serta pemakanan sihat dan sesuai untuk diet sayur. Cendawan ini juga disukai kanak-kanak dan jugak sangat baik untuk kesihatan badan kita,
contohnya: 
Ia dapat mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid. Selain itu, meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bakteria serta dapat menghalang pertumbuhan tumor. Kebaikan lain bagi cendawan tiram kelabu juga adalah sebagai Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.

Rupa-rupanya begitu banyak khasiat yg terdapat dalam cendawan tiram kelabu. Silakn share untuk manfaat kita bersama dan jangan lupa untuk tekan butang like!

Credit : cendawanglobal

#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia

No comments:

Post a Comment