Salam tengah hari semua!
Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan dan juga pencungkil benih.
Kaedah-kaedahnya ialah sebelum menyuntik benih cendawan (spawn) pastikan tangan dicuci dengan larutan basmi kuman atau sapukan alkohol 10% pada tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Seterusnya, penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih (steril) dan dihancurkan benih cendawan dengan menggunakan pencungkil. Kemudian, buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutupnya kembali mulut beg cendawan. Seterusnya, susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk dan juga pastikan ia terlindung dari cahaya matahari. Akhir sekali, biarkan miselium tumbuh hingga memenuhi keseluruhan beg cendawan antara 50 - 60 hari selepas disuntik benih.
Jangan lupa like dan sharekan kepada semua untuk kebaikan kita bersama!
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
PENYUNTIKAN BENIH |
BAHAN DAN PERALATAN |
BEG BERISI BENIH CENDAWAN |
BENIH CENDAWAN DALAM BOTOL |
Beg cendawan dibuka untuk memasukkan benih cendawan ke dalamnya. |
Benih cendawan dihancurkan dengan pencungkil dan penyuntikan benih dilakukan. |
Beg cendawan yang siap disusun secara menegak. |
Beg cendawan yang siap disusun secara mendatar. |
Pertumbuhan miselium peringkat permulaan. |
Miselium memenuhi keseluruhan beg cendawan |
No comments:
Post a Comment