Monday, 3 December 2018
CENDAWAN KAYA DENGAN VITAMIN D
Salam tengah hari semua!
.
Masih ingat lagi tak posting pada minggu lepas? Jadi.. Hari ini kami akan berkongsikan kepada anda semua tentang manfaat cendawan yang wajib ada dalam diet anda.
.
Manfaat pertama ialah : Kaya dengan Vitamin D
.
Malaysia adalah antara negara yang terjebak dengan fenomena jerebu baru-baru ini. Fenomena jerebu yang melanda negara kita mencatatkan penurunan paras vitamin D yang penting untuk sistem tubuh badan manusia. Jadi, sekiranya tiada makanan tambahan (suplemen) atau cahaya matahari yang suram, pengambilan cendawan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap vitamin D dalam tubuh badan kita. Hal ini kerana, cendawan merupakan satu-satunya sumber makanan yang berunsurkan sayuran yang lazat dan kaya dengan vitamin D (tindak balas yang terjadi dalam cendawan mampu menukarkan ergosterols kepada vitamin D apabila terdedah kepada cahaya).
.
Nantikan kami pada minggu yang akan datang untuk mengetahui lebih banyak lagi manfaat-manfaat cendawan yang wajib ada dalam diet anda!
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment