Salam tengah hari semua!
.
Masih ingat lagi tak posting pada minggu lepas? Jadi.. Hari ini kami akan berkongsikan manfaat yang keempat kepada anda tentang wajibnya cendawan dalam menu diet anda!
Manfaat keempat ialah : Menjadikan kulit lebih anjal
Siapa yang tidak mahu menjadi cantik dan kulit kelihatan lebih anjal, bukan? Tidak kira wanita mahupun lelaki masing-masing menginginkan kulit yang cantik, kelihatan muda dan lebih anjal. Mungkin ada di kalangan kita tidak mahu menghabiskan banyak duit untuk kelihatan cantik. Jadi cara yang paling mudah untuk menjimatkan modal anda, anda boleh mencuba memakan cendawan disamping itu anda juga boleh jadikan cendawan itu sebagai menu wajib dalam diet anda.
.
Cendawan mengandungi pelembap yang dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Seterusnya, pengambilan secawan cendawan dikatakan mengandungi 25 peratus daripada zat mineral dan menjadi agen antioksida yang mampu membantu menyelamatkan kulit anda dari selaran matahari (sunburn). Cendawan juga dapat mengekalkan keanjalan kulit, di samping membantu mencegah dari mendapat kanser kulit.
.
Nantikan kami pada minggu yang seterusnya untuk mendapatkan tips-tips yang menarik!
.
.
.
.
.
Nak dapatkan cendawan segar? Boleh hubungi Abe We dengan segera 019-982 7769
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
No comments:
Post a Comment