Monday, 17 December 2018
CENDAWAN MEMBANTU MELAWAN OBESITI
Salam tengah hari semua!
.
Masih ingat lagi tak posting pada minggu lepas? Jadi.. Hari ini kami akan berkongsikan manfaat yang seterusnya kepada anda tentang wajibnya cendawan dalam menu diet anda!
Manfaat ketiga ialah : Menghalang kepada obesiti
Siapa yang tidak mahu badan kurus, ramping, cergas dan sihat, bukan? Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia. Mungkin ada di kalangan kita yang telah cuba bersenam dan kawal nafsu makan, tetapi berat tidak juga turun-turun.
Nah, ini ada berita baik! Mungkin dengan pengambilan cendawan boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Menurut kajian, ekstrak cendawan boleh membantu melawan obesiti. Sebenarnya ekstrak ini telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Asia lebih 2,000 tahun dahulu. Ianya dikatakan mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada peningkatan berat badan yang melampau, di samping mengelakkan radang yang disebabkan oleh obesiti dan sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan baik (metabolisme yang sangat rendah). Kajian yang dilakukan ke atas tikus gemuk ini memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan.
Cendawan juga mempunyai rasa yang seakan-akan daging ayam. Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan amat digalakkan untuk menggantikan daging ayam dengan cendawan.
Bagi penggemar cendawan, tumbuhan spora ini enak jika dicampur bersama ke dalam masakan bergoreng, pai mahupun yang berkuah seperti sup. Kalau sukakan kelainan, dengan mencampurkan cendawan ke dalam kerabu atau salad juga nampak lebih menarik, bukan?
.
Nantikan kami pada minggu yang seterusnya untuk mengetahui lebih banyak lagi manfaat-manfaat cendawan yang wajib ada dalam diet anda!
.
.
.
.
.
Nak dapatkan cendawan segar? Boleh hubungi Abe We dengan segera 019-982 7769
#PembekalMesinCendawanNo1Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment